Tuesday, February 10, 2009

Permata yang dicari




firman Allah yang bermaksud:“…Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan…”


(Surah Rum, ayat 21)



PASTI cinta merupakan suatu fitrah atau perasaan semula jadi dan ianya perlu dimeterai HANYAlah dengan sesebuah perkahwinan yang suci..Cinta hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan pasti manfaat yang paling besar akan terbit daripada sesebuah pelayaran yang bernama cinta..
TERNYATA Pernikahan itu bukanlah suatu perkara yang mudah malah ia memerlukan banyak pengorbanan dan mujahadah..diri ini mula berfikir..mula bermonolog seketika..adakah insan yang dikahwini itu mampu menjadi permata buat zaujnya?PERMATA yang bagaimana sebenarnya yang dicari???Apakah ada ukuran kilauannya?apakah ada ukuran kecantikannya??apakah jua ada ukuran rupa dan bentuknya??Semakinku berfikir..semakin memberat isi fikiranku..ya ALLAH..hanya ENGKAU penunjuk JALAN ku..JALAN YANG LURUS LAGI TERANG BUAT AGAMAMU
sememangnya fitrah manusia itu amat memerlukan antara satu sama lain..anak dengan ibu bapa,guru dengan murid,kawan dengan kawan dan begitu juga suami dengan isteri...
usai sahaja sesi muhasabah bersama adik-adik pada suatu hari yang lalu ternyata amat memberikan banyak iktibar buat diriku..sementelahan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi waktu yang berbaki untukku habiskan bersama mereka..moga masa yang kumiliki akan dapat kubahagikan dengan adik-adikku ini walaupun nanti kondisinya berbeza..
fikiran ku masih berputar lagi..seakan-akan mencari jawapan yang pasti..
ku bertanya pada diri apakah mampu kita berkata seumpama ini pada setiap insan yang kita kenali?sekalipun dengan sahabat-sahabat sendiri??
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."(Imam Nawawi)
bukan mudah untuk menjadi insan hebat seperti KHADIJAH..bukan mudah untuk menjadi insan tabah seperti SITI HAJAR..dan bukan mudah untuk menjadi insan suci seperti RABIATUL ADAWIYAH..
namun diri ini mahu sekali menjadi PERMATA buat ILAHI..ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment