Wednesday, February 18, 2009

putaran kehidupan..





Bismillahirrahmanirrahim
rasa seakan bermimpi seusai menjadi isteri abang yang sah..sampai sekarang masih belum kupercaya..perkenalan yang hampir 8 tahun akhirnya termeterai dengan sebuah ijab dan kabul..ALHAMDULILLAH..terima kasih Ya ALLAH..aku terlalu bersyukur kerana di anugerahi seorang zauj yang penyayang,bertanggungjawab dan lemah lembut serta sabar melayani kedegilan dan karenahku..terima kasih jua buat abang..suamiku akhi mohamad nor paizal bin abd.ghani..terima kasih kerana menerima seadanya diriku ini..








pergimu..buat selamanya


Tarikh 12 Februari 2009 merupakan suatu tarikh keramat yang akan senantiasa diingati oleh kak long lantaran ia merupakan hari lahir kak long dan kini kak long telah pun genap berusia 30 tahun..pun begitu ia jua akan senantiasa menjadi memori teguh buat kami dan lebih-lebih lagi pada babah..kerana ketika itu,tok ayah ok telah pun kembali menghadap ILAHI..

Tidak kuingati akan waktu yang kak long menelefonku lantaran untuk memberitahu akan pemergian itu.. melihat pada panggilan kak long itu pasti ada suatu berita buruk yang ingin kak long khabarkan buatku..dari jauh kudengar ada kata-kata yang tersekat pada suara kak long..airmata ku terus menitis dan aku kaku seketika..aku terus menangis dan terus menangis…

Seminggu yang lalu telah kunyatakan pada suami dan rakan sebilikku yang ingin sekali kupulang ke kampung untuk melawat tok ayah tok..namun mengapa langkahanku masih berat dan sukar?? Lantas masa terus menghambat diriku yang terus melalui waktu-waktu yang sibuk di alam kampus…ia hanyalah ASBAB untuk ALLAH melihat keupayaanku dalam menghadapi ujian ini…kuterus mengimbau memori lalu..tok ayah tok..ilah minta maaf kerana tidak sempat menciumi pipimu dan tangan mu..ku meyakini yang kini dikau bersemadi tenang dan termasuk dalam golongan yang BERTAQWA.ameen

Thursday, February 12, 2009

dia tercipta buatku..



Bismillahhirahmanirrahim

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran yang mampu kurafakkan buat ALLAH swt..tanpa kusedari telah 2 bulan lebih ku melayari bahtera di alam rumahtangga.sesungguhnya menjadi seorang isteri adalah suatu nikmat yang sukar untukku gambarkan..kemanisannya amat kurasai senantiasa dari hari ke hari…

setiap langkahanku dalam menjadi insan yang bernama isteri telah membuatkan ku dewasa dalam meniti waktu-waktu yang tersisa…namun disebalik kegembiraan itu pasti terselit kesukaran yang payah kurasakan..bukan mudah rupanya Ya Allah...untuk menjaga setiap emosi ku yang berbalam,wajah ku yang kelam dan .kata-kataku yang suram..hari demi hari ku di uji dengan rasa yang entah dari mana ia hadir..kekuatan cintaku buat suami tersayang semakin hari semakin utuh sehinggakan kadangkala ku merasakan bahawa dirinya hanyalah milikku sahaja dan kadangkala ku jua mempunyai rasa cemburu yang melampau-lampau..Ya Allah..perasaan apakah ini??? kumasih ingat akan tekadku dalam pernikahan ini..bahawa yang suamiku ini hanyalah perantara untukku sampai kepada MU Ya Rahman..jangan sampai ia melebihi cintaku pada MU dan RASUL..

dalam sujudku..airmataku sering menitis..sayunya hati ini bila dirasakan terlalu banyak dosaku pada MU dan suami yang amat kukasihi..setiapkali ku pandang wajahnya,bersalaman dengannya..airmataku sentiasa menitis dan ia tidak pernah berhenti sejak hari pertama ijab dan qabul antara ku dan dia....andai dulu..kuhanya mampu melemparkan luahan kesedihan,kegembiraan dan kerinduan hanyalah pada seuntai kata-kata yang biasa sahaja..tatkala itu airmataku pasti menitis..menitis dan menitis...dan kini ia juga begitu..terlalu banyak salah ku pada abang..tapi abang tetap sabar melayani karenah ku yang terlalu menghiris hatinya itu..

abang yang kucintai..
percayalah..hati ini pernah berteleku sendirian memikirkan diri di akhirat nanti sama ada dapatkah kita bersua dan bersatu di akhirat kelak?jika difikirkan secara dalam..pasti airmataku menitis..ternyata,impianku menggunung tinggi..ku ingin memimpin tanganmu bukan sahaja di dunia tetapi jua di akhirat..

abang yang kukasihi..
diri ini pernah berjanji untuk menjaga abang dan mengasihi abang sepenuh hatiku..walau sakit,walau sihat,walau senang,walau susah,walau suka dan walau duka..ku akan sentiasa bersamamu..INSYAALLAH..ku akan cuba membayar setiap keringat dan pengorbanan mu buatku selama ini..ku akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan mentaati walaupun kadangkala kata-kata ku menghiris dan menyakitimu abang..maafkan diri ini..abang begitu sempurna buat ku..mencintai dan mengenali abang adalah sesuatu yang amat bermakna dan bukanlah suatu kesilapan..Ya Allah..jagailah suamiku ini..hanya pada MU tempat untuk ku menyerahkan segala cintaku buatnya..hanya ENGKAU sahaja yang bisa menjaga dirinya berbanding diri ku ini..kadangkala ku berasa rendah diri ketika disamping abang..abang seorang yang amat penyayang dan baik hati..abang..isterimu ini akan berusaha untuk menjadi wanita yang solehah ..ameen.
.TERIMA KASIH YA RAAB

Tuesday, February 10, 2009

Kerdilnya diriku...

baru kini kumula mengerti akan nikmat dan kasih MU..TUHAN..
ku berasa amat kerdil tatkala ku membaca bait-bait kalamullah MU yang begitu tersusun dan puitis bahasanya..setiap kali ku menyebutnya..jiwa dan hatiku mulai tenang..ALLAH..ALLAH...ALLAH..janganlah KAU tinggalkan ku sendirian..ku ingin sentiasa bersama denganMU agar langkahan ku ini sentiasa mengikut landasan yang ENGKAU redhai..
Beberapa hari lagi kuakan berubah status dengan izinMU..TUHAN..
dalam diri ini bercampur baur akan segalanya..suka dan duka..pahit dan manis..pada malam ini ku akan pulang ke kampung halamanku untuk ku menguruskan beberapa perkara yang masih belum selesai..babah telah acapkali menghantar pesanan ringkas dan bertanyakan beberapa masalah yang perlu kuselesaikan sebelum tibanya hari pernikahan ku itu..kasihan babah dan ummi.
Dan kini kupunyai matlamat untukku lebih dekat dengan MU..ya ALLAH moga penyatuan ini menjadi RAHMAT pada ISLAM..ku geruni azab dan ancamanMU dalam ayat-ayat suciMU..kutidak mahu begitu..jangan KAU ujiku atas perkara yang membuatkan aqidahku tercalar..ya ALLAH..berkatilah..dan jadikanlah kami ini berkasih sayang dan berbelas kasihan atas NAMA CINTAMU..ALLAHUAKBAR!!

Permata yang dicari




firman Allah yang bermaksud:“…Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan…”


(Surah Rum, ayat 21)



PASTI cinta merupakan suatu fitrah atau perasaan semula jadi dan ianya perlu dimeterai HANYAlah dengan sesebuah perkahwinan yang suci..Cinta hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan pasti manfaat yang paling besar akan terbit daripada sesebuah pelayaran yang bernama cinta..
TERNYATA Pernikahan itu bukanlah suatu perkara yang mudah malah ia memerlukan banyak pengorbanan dan mujahadah..diri ini mula berfikir..mula bermonolog seketika..adakah insan yang dikahwini itu mampu menjadi permata buat zaujnya?PERMATA yang bagaimana sebenarnya yang dicari???Apakah ada ukuran kilauannya?apakah ada ukuran kecantikannya??apakah jua ada ukuran rupa dan bentuknya??Semakinku berfikir..semakin memberat isi fikiranku..ya ALLAH..hanya ENGKAU penunjuk JALAN ku..JALAN YANG LURUS LAGI TERANG BUAT AGAMAMU
sememangnya fitrah manusia itu amat memerlukan antara satu sama lain..anak dengan ibu bapa,guru dengan murid,kawan dengan kawan dan begitu juga suami dengan isteri...
usai sahaja sesi muhasabah bersama adik-adik pada suatu hari yang lalu ternyata amat memberikan banyak iktibar buat diriku..sementelahan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi waktu yang berbaki untukku habiskan bersama mereka..moga masa yang kumiliki akan dapat kubahagikan dengan adik-adikku ini walaupun nanti kondisinya berbeza..
fikiran ku masih berputar lagi..seakan-akan mencari jawapan yang pasti..
ku bertanya pada diri apakah mampu kita berkata seumpama ini pada setiap insan yang kita kenali?sekalipun dengan sahabat-sahabat sendiri??
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."(Imam Nawawi)
bukan mudah untuk menjadi insan hebat seperti KHADIJAH..bukan mudah untuk menjadi insan tabah seperti SITI HAJAR..dan bukan mudah untuk menjadi insan suci seperti RABIATUL ADAWIYAH..
namun diri ini mahu sekali menjadi PERMATA buat ILAHI..ALLAHUAKBAR!!

salam perjuangan


Salam mahabah dan salam perjuangan buat sahabat yang dikasihi..
tinggal beberapa paper sahaja lagi untuk teruskan perjuangan pada sem ini..dan ternyata,sem hadapan( semester 6) bukanlah suatu yang mudah buatku..pelbagai persoalan dan fikiran mulai berputar-putar di benak fikiran ini..umpama suatu putaran yang hebat yang tidak pernah putus dari fikiran..


Perjuangan ku bukan terhenti disini..kumahukan langkahku lebih panjang dan lebih tersusun..lebih-lebih lagi telah kusimpan suatu matlamat yang jelas untukku sampai dibumi LONDON ini..yang menilai HANYALAH ALLAH YANG SELAYAKNYA..
lidahku seakan kelu..bicaraku seakan lemah dan kakiku kian longlai..tatkala kudicapahkan dengan pelbagai kekalutan..azamku dibumi LONDON ini bukan sekadar segulung IJAZAH..bukan sekadar selautan ILMU DUNIA...bukan sekadar pangkat dan pointer yang tinggi..tapi kuyakini PERJUANGAN ku ini adalah PASTI!


IAITU DEMI UNTUK ISLAM..DEMI UNTUK RASUL dan DEMI UNTUK KUSAMPAI KEPADAMU..YA ALLAH