Wednesday, February 18, 2009

pergimu..buat selamanya


Tarikh 12 Februari 2009 merupakan suatu tarikh keramat yang akan senantiasa diingati oleh kak long lantaran ia merupakan hari lahir kak long dan kini kak long telah pun genap berusia 30 tahun..pun begitu ia jua akan senantiasa menjadi memori teguh buat kami dan lebih-lebih lagi pada babah..kerana ketika itu,tok ayah ok telah pun kembali menghadap ILAHI..

Tidak kuingati akan waktu yang kak long menelefonku lantaran untuk memberitahu akan pemergian itu.. melihat pada panggilan kak long itu pasti ada suatu berita buruk yang ingin kak long khabarkan buatku..dari jauh kudengar ada kata-kata yang tersekat pada suara kak long..airmata ku terus menitis dan aku kaku seketika..aku terus menangis dan terus menangis…

Seminggu yang lalu telah kunyatakan pada suami dan rakan sebilikku yang ingin sekali kupulang ke kampung untuk melawat tok ayah tok..namun mengapa langkahanku masih berat dan sukar?? Lantas masa terus menghambat diriku yang terus melalui waktu-waktu yang sibuk di alam kampus…ia hanyalah ASBAB untuk ALLAH melihat keupayaanku dalam menghadapi ujian ini…kuterus mengimbau memori lalu..tok ayah tok..ilah minta maaf kerana tidak sempat menciumi pipimu dan tangan mu..ku meyakini yang kini dikau bersemadi tenang dan termasuk dalam golongan yang BERTAQWA.ameen

No comments:

Post a Comment